Buat duit dari perniagaan homestay


Perniagaan homestay semakin hari semakin popular di Malaysia malah bisnes ini menjadi perniagaan trending masa kini.


Ada beberapa sebab, diantaranya:

1. Mudah untuk dimulakan
Perniagaan homestay mudah untuk dimulakan. Asal saja ada rumah kosong, homestay boleh dimulakan.

2. Modal yang rendah
Modal untuk memulakan perniagaan homestay adalah rendah berbanding dengan membuka sebuah hotel.


3. Kos operasi yang rendah
Kos operasi perniagaan homestay sangat rendah berbanding dengan kos operasi sebuah hotel kerana semua kerja-kerja pengendalian perniagaan dilakukan sendiri oleh tuan rumah. Tidak perlu menggaji pekerja. 

4. Masa berniaga adalah bebas
Operator homestay sendiri menentukan masa perniagaannya mengikut kesesuaian dan keselesaannya.

5. Peluang pendapatan yang tidak terhad
Selain daripada pendapatan daripada menyewakan bilik, Operator Homestay turut berpeluang menambah pendapatan dari sumber lain seperti daripada pengangkutan, pakej pelancongan dan sebagainya yang berkaitan dengan keperluan-keperluan pelancong.

6. Pendedahan Jutawan Operator Homestay
Pendedahan Operator Homestay yang telah mencapai tahap jutawan telah mengejutkan dunia perniagaan homestay. Siapa sangka bisnes homestay yang dianggap "bisnes rumahan" sahaja dapat menjadikan orang Jutawan.


7. Pendedahan Operator Homestay yang menjana pendapatan sehingga 5 -      6 angka sebulan
Pendedahan peniaga homestay yang mencapai pendapatan 5 - 6 angka sebulan di media massa merancakkan lagi perkembangan perniagaan homestay di Malaysia.







Bagi Anda yang mempunyai rumah dan modal, inilah peluang dan kesempatan bagi Anda untuk mengaut keuntungan dari bisnes homestay.

Namun demikian, sebelum Anda terjun ke dunia perniagaan homestay, carilah dahulu ilmu sebanyak mungkin sebagai bekalan Anda untuk memulakan perniagaan. 

Jangan menjadi "Penembak yang tidak berpeluru"... sebab sekalipun  burung sudah berada di muncung senapang tetapi kalau senapang Anda tidak berpeluru, sia-sia sahaja sebab Anda tidak akan berjaya mendapatkannya ...


Anda benar-benar berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan homestay, disini saya berikan Anda sebuah Ebook yang bertajuk Bagaimana Menjana Pendapatan RM1K - RM5K Sebulan dari Bisnes Homestay yang bernilai RM39 secara percuma untuk jangka masa yang terhad ini.




Saya faham perasaan Anda mengenai pertanyaan diatas sebab saya sendiri pernah berada di tempat Anda suatu ketika dulu.

Justeru itu, saya telah berusaha untuk mendapatkan jawapan persoalan diatas dan akhirnya menemukan jawapannya selepas mengalami pelbagai pengalaman pahit dan manis. Terlalu banyak "Try and Error" sudah dilalui sebelum berjaya.

Bagi Anda yang menghadapi masalah seperti diatas, Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk “Try dan Error” kerana pada hari ini saya akan kongsikan pengalaman cara-cara bagaimana Anda boleh memulakan bisnes homestay tanpa modal yang besar ... 

Saya doakan kejayaan Anda dalam bisnes homestay. Mudah-mudahan bisnes Anda akan berkembang maju sehingga ke peringkat antarabangsa.


Powered by Blogger.